Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) - 26 April 2017

Jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) April 2017. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (keutamaan kepada anak negeri Selangor) yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) sebagai :

1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI) N19

Tarikh tutup permohonan : 26 April 2017
Lokasi : Selangor
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) - 26 April 2017

PERMOHONAN
Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) yang boleh diperolehi melalui pautan dibawah.

Borang permohonan hendaklah disertakan bersama dokumen tersebut :
1 . Salinan Kad Pengenalan.
2 . Sijil Kelahiran.
3 . Sijil-sijil Persekolahan.
4 . Sekeping Gambar Berukuran Pasport.
Setiap Salinan Sijil/Dokumen hendaklah DISAHKAN oleh Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan & Profesional) / Pengetua Sekolah / Wakil Rakyat / Penghulu / Ketua Kampung.

Bagi pegawai yang sedang berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam, permohonan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 21 dan Bab ‘A’ 1973 dan menyertakan bersama - sama Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan.

Semua dokumen hendaklah dikepilkan dengan kemas bagi mengelakkan keciciran / kehilangan dokumen. Nama jawatan yang dipohon hendaklah dicatat di sebelah kiri atas sampul surat.

BORANG PERMOHONAN YANG TIDAK LENGKAP DIISI / TIDAK MEMENUHI SYARAT AKAN DITOLAK. Satu borang adalah untuk satu jawatan sahaja.

Permohonan hendaklah dialamatkan kepada :

Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Kajang
Menara MPKj
Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
(u/p: Bahagian Sumber Manusia.) 

Hanya calon yang berjaya selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga dan keputusan pemilihan adalah muktamad. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam bulan daripada tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.

Iklan jawatan dan borang permohonan disini
Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) - 26 April 2017 Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) - 26 April 2017 Reviewed by Eh Kerja on 10:21 am Rating: 5
facebook LIKE PAGE DIBAWAH & KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close
Powered by Blogger.